Monday, December 17, 2007

Hujan rahmat



Majlis pertunangan abang yang dijangkakan berlangsung pada hari semalam terpaksa dibatalkan dek kerana hujan rahmat yang tak jemu-jemu menimpa bumi Pahang yang permai. Jalan Sabak dinaiki air.. tu baru area Rompin belum masuk area Pekan, Kuantan. Risiko terkandas dalam perjalanan teramatlah tinggi. Maka mak mengisytiharkan pertunangan ditunda 25 Dis ni. Hopefully, banjir dah surut masa tu. Insyallah... kita hanya mampu merancang.

Thursday, November 29, 2007

Sesuci harapan


Alhamdulillah.....diri ini masih bernafas. Terus meniti kehidupan yang penuh ranjau.

1 Nov 2007...
Aku sudah mula memikul tanggungjawab yang sangat berat, iaitu menjadi pendidik anak bangsa. Aku ditugaskan di sekolah yang sangat dekat dengan rumah. Gembira? Excited? hurm..... aku tak tahu mengekspresikan perasaan. Sungguh..... aku tak tahu apa perasaan aku.

Thursday, September 06, 2007

Bila fikiran dah letih... sejuring masa perlu diambil untuk muhasabah diri. Adakah laluan hidup ini tepat? Adakah laluan hidup ini sentiasa beriringan dengan syariat Islam? Berikan aku petunjuk~Mu.....

Saturday, May 12, 2007

First Experience at School


First time aku jejak kaki masuk kelas 4R memang berpeluh giler. Tak tau pulak skool ni student dia sumer dak laki. huhu...haru..... aku tengok muka student sorang2.. ketar lututku...
besarnye student2 ni... dalam seminggu aku cuba biasakan diri. Agak susah untuk aku memahami 'fiil' student lelaki ni. fenin...fenin... masuk minggu ke-3, aku mula enjoy mengajar kat ACS. Student aku sebenarnya takdelah nakal sangat...muka jer nampk matured tapi rupanya perangai mcm kanak2 rabena jer... aku layan jer kepala student2 ni. Ahaks... rindula pulak kat diorg semua. Sebenarnya, banyak benda aku belajar bila first time jadi cikgu ni. Bagaimana nak tackle student, bagaimana nak mengajar dengan berkesan, bagaimana nak manage masa, bagaimana nak buat soalan exam, bagaimana nak hidup dalam komuniti berbilang kaum, bagaimana.....bagaimana...... berbagai2 lagilah!!! Aku harap sangat pengalaman yang sangat sedikit ini akan membantu aku untuk terus menjadi pendidik anak bangsa. Insayallah.... di kesempatan ini aku jugak nak ucap Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yang bergelar ibu di dunia ini =)

Tuesday, October 31, 2006

SELAMAT HARI RAYA &
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Dah lama tak update blog aku ni. Bukanye malas, tapi sibuk da..
tup..tup... almost 4 tahun dah aku bertapa kat UPSI. Jika diizinkan Allah, dalam tahun depan aku dah konvo. Memang rasa excited nak grad. Tapi, aku rasa sayang sangat kat budak kuliah aku. Terlalu banyak kenangan.... tak boleh
kira dengan jari. Tapi antara banyak kenangan, aku paling suka masa program khidmat masyarakat kat Kg. Soeharto. Memang happening!! Penduduk kampung sporting tu yang syiok... Mase lawan bola tampar dgn makcik2 kg soeharto memang tak dapat aku lupakan. Sampai sekarang aku duk pikir, macam mana kita org boleh kalah teruk sangat ek??!! Aku akan rindukan semua tu... ;)